Fattah suami yang hebat – Fazura

Fattah suami yang hebat – Fazura

Sempena hari kelahiran pelakon terkenal Fattah Amin yang ke-31, isteri pelakon itu iaitu Nur Fazura tampil menitipkan ucapan hari jadi dan rasa sayang tak terhingga buat suami tercinta.

Dedikasi khas itu dizahirkan Fazura menerusi sebuah hantaran Instagram yang turut dikongsikan buat tatapan peminat di luar sana.

Fazura dalam ucapannya itu menyifatkan Fattah sebagai seorang suami yang hebat dan mengucapkan terima kasih di atas segala kesabaran dan kesetiaan Fattah ketika bergelar suami.

Terima kasih dia atas segala yang dilakukan, kesabaran dan limpahan kasih sayang setiap hari kepada kami. Semoga Allah sentiasa merahmati dengan barakah dan mengurniakan segala yang diimpikan dunia dan akhirat.

Pelakon jelita ini turut berkongsi foto sambutan ringkas bertemakan warna biru lembut bersama-sama Fattah dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 2 Oktober lalu. Bn

Fattah suami yang hebat – Fazura


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker