Disyorkan Gigih Kejar 10,000, Kini 7,000 Langkah Sehari Terbukti Mampu Panjangkan Umur!



Sebaran :

Disyorkan Gigih Kejar 10,000, Kini 7,000 Langkah Sehari Terbukti Mampu Panjangkan Umur!

KITA sering disyorkan untuk berjalan 10,000 langkah sehari bagi mencapai kualiti hidup yang sihat. Tetapi, satu kajian terbaru menunjukkan berjalan kurang daripada jumlah tersebut sudah mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan kita.

Menurut kajian yang diterbitkan bulan ini di jurnal JAMA Open Network, individu di pertengahan usia yang berjalan sekurang-kurangnya 7,000 langkah sehari mempunyai kebarangkalian 50 hingga 70 peratus lebih rendah untuk mati dalam dekad berikutnya, berbanding mereka yang berjalan kurang daripada jumlah tersebut.

Kajian yang dilakukan pada 2005 dan 2006 itu melibatkan 2,100 peserta berusia antara 38 hingga 50 tahun dari pelbagai demografik.



“Kami mendapati bahawa anda boleh mendapat banyak manfaat daripada berjalan 7,000 langkah sehari.

“Bagi mereka yang melakukan 4,000 langkah sehari, mencapai 5,000 langkah dapat memberi manfaat kepada mereka. Dan daripada 5,000 langkah ke 6,000 langkah sehari, terdapat pengurangan risiko kematian sehinggalah ke 10,000 langkah,” kata penulis kajian, Amanda Paluch, yang juga seorang penolong profesor kinesiologi di University of Massachusetts Amherst, Amerika Syarikat.

Peserta dipakaikan satu alat yang dipanggil accelerometer selama seminggu untuk merekod jumlah langkah yang dilakukan dalam sehari.

Peserta yang berjalan 7,000 sehari dapat hidup lebih lama berbanding mereka yang berjalan kurang daripada jumlah tersebut.



Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu; jumlah langkah yang rendah (di bawah 7,000 langkah sehari), sederhana (antara 7,000-9,999 langkah) dan tinggi (lebih daripada 10,000 langkah).

Kesemua peserta kemudian dipantau selama hampir 11 tahun selepas itu, dan data yang dihasilkan dianalisis pada tahun 2020 dan 2021.

Dalam tempoh tersebut, seramai 72 peserta meninggal dunia, paling banyak disebabkan oleh barah atau penyakit jantung.

Saintis berpendapat berjalan lebih 10,000 sehari tidak memberi manfaat tambahan berbanding 7,000 langkah sehari.



Para penyelidik turut mengambil kira pelbagai jenis faktor termasuk indeks jisim badan, sama ada peserta merokok atau tidak dan faktor lain yang mungkin mempengaruhi kajian tersebut.

“Anda dapat melihat penurunan risiko kematian ini secara beransur-ansur apabila anda melakukan lebih banyak langkah.

“Terdapat banyak manfaat kesihatan yang diperoleh antara 7,000 hingga 10,000 langkah tetapi kami tidak melihat manfaat tambahan jika anda berjalan lebih daripada 10,000 langkah sehari,” tambah Paluch.

Menurut kajian itu juga, intensiti langkah tidak mempengaruhi keputusan ujian. Individu yang berjalan 7,000 langkah sehari pada intensiti rendah juga mempunyai peratus kebarangkalian sama dengan individu yang melakukannya pada intensiti lebih tinggi.-Boston Herald



Disyorkan Gigih Kejar 10,000, Kini 7,000 Langkah Sehari Terbukti Mampu Panjangkan Umur!


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah


Sebaran :


Leave a Reply