Pejuang enggan tandatangan MoU, ada unsur rasuah – Mahathir

Pejuang enggan tandatangan MoU, ada unsur rasuah – Mahathir

Mahathir berkata MoU itu tidak sesuai kerana nampak seolah-olah wujud unsur rasuah.

Bercakap pada sidang media di Langkawi, bekas Perdana Menteri itu berkata beliau percaya pembangkang perlu bebas untuk memastikan semak dan imbang terhadap kerajaan.

“Jadi ini kita dapati bahawa kalau kita ambil bahagian (tandatangan MoU) kerana kita dapat pulangan tertentu, itu bagi kita tak sesuai kerana dia nampak seolah-olah ada unsur rasuah disitu.

“Kita tidak boleh terima. Kalau nak bagi, bagi kepada semua. Jangan ada pilih orang berjanji sokong sahaja kita bagi,” katanya.

Pada 13 Sept lalu, kerajaan dan PH menandatangani MoU mengenai “kestabilan dan transformasi politik” yang merangkumi pembaharuan Parlimen dan transformasi kerajaan.

Sebelum ini, dilaporkan sejumlah dana akan diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bawah perjanjian antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan PH.

Tetapi, hanya Ahli Parlimen yang terbabit dalam perjanjian itu akan mendapat manfaat, menurut laporan Malaysiakini yang berkata dokumen itu menyatakan “satu peringatan penting adalah dana sama hanya tertakluk kepada Ahli Parlimen yang terbabit dalam perjanjian ini”.

Ini menyebabkan Ahli Parlimen daripada parti seperti Pejuang, Warisan dan Parti Sarawak Bersatu, serta bebas tidak akan mendapat dana yang sama.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Pejuang tidak diundang dalam majlis MoU antara kerajaan dengan PH pada 13 Sept lalu.

Mahathir berkata Pejuang kekal berpendirian untuk berada di blok pembangkang yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana gabungan parti termasuk PH.

“Kita tak terikat dengan mana-mana parti. Kita boleh cakap dengan mereka tetapi tidak semestinya kita ikat diri kita dengan mereka,” katanya. FMT

Pejuang enggan tandatangan MoU, ada unsur rasuah – Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker