Ismail harus diberi peluang – Kit Siang

Sebaran :

Ismail harus diberi peluang – Kit Siang

Walaupun prestasi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob agak “mengecewakan” setakat ini, namun rakyat Malaysia harus memberikannya peluang untuk membuktikan kebolehan beliau terutama selepas menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada Isnin lalu, kata Lim Kit Siang.

Veteran DAP itu berkata, sokongan terhadap MoU itu penting untuk masa depan negara dan bukannya bagi kepentingan Ismail.

“Ismail bukan seorang reformis tetapi dipilih daripada keadaan politik yang berlaku, namun beliau berhak untuk mendapat sokongan penuh. Ini bukan demi sesiapa tetapi untuk kepentingan negara.

“Malaysia memerlukan satu ‘moratorium politik’ untuk tempoh 10 hingga 18 bulan sebelum pilihanraya umum berikutnya kerana kita tidak mahu ia menjadi sebuah negara gagal,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata ketika ‘moratorium’ itu, satu strategi baharu perlu dirancang untuk memenangi perang melawan pandemik Covid-19 dan melakukan pembaharuan Parlimen bagi membolehkan rakyat kembali ke misi menjadikan Malaysia sebagai negara bertaraf dunia.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut menyenaraikan beberapa keputusan Ismail yang dianggap ‘mengecewakan’ iaitu:

*gagal membentangkan usul undi percaya di Parlimen;
*membentuk saiz Jemaah Menteri yang terlalu besar
*melantik Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN)
*mencalonkan Ahmad Maslan sebagai timbalan speaker
*melantik abangnya, Zamri Yaakob sebagai pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu
*kegagalan Jemaah Menteri untuk menegakkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kewarganegaraan automatik kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing
*gagal melakukan pertemuan dengan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mengenai rancangan untuk menggubal undang-undang baharu mengenai kawalan terhadap agama bukan Islam.

“Lebih penting lagi, tidak ada petanda bahawa situasi memerangi pandemik Covid-19 ini semakin pulih selepas sebulan Ismail menjadi Perdana Menteri dan tiga minggu selepas menteri kesihatan baharu mengangkat sumpah,” katanya. FMT

Ismail harus diberi peluang – Kit Siang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply