Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga? Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki!

Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga? Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki!

MESKIPUN ramai tahu bahawa senaman yoga mampu memberikan manfaat kesihatan namun tidak banyak kaum lelaki yang mahu melakukannya.

Ini kerana selama ini yoga dikaitkan sebagai senaman untuk kaum wanita dan menyebabkan lelaki berasa malu menyertai aktiviti itu.



Pakar kesihatan dan senaman, Dr Lisa Blum menjelaskan pada zaman dahulu yoga sebenarnya hanya dilakukan oleh lelaki bagi memperbaiki kedudukan tubuh (asana), teknik pernafasan (pranayama) dan meditasi.

Yoga boleh dianggap sebagai cara meningkatkan keseimbangan dan kekuatan tubuh serta menenangkan fikiran.

Dalam suasana pandemik ketika ini, yoga adalah antara senaman yang paling sesuai dilakukan di rumah. Men’s Health melaporkan terdapat beberapa kesan yang boleh diperolehi oleh kaum lelaki dengan melakukan yoga.



Yoga bukan hanya untuk kaum wanita.

1. Meningkatkan mobiliti dan kelenturan badan

Kaum lelaki biasanya fokus melakukan senaman lebih berat seperti berlari, mengangkat beban, berbasikal mahupun memanjat bukit.

Meskipun senaman ini baik untuk otot, tulang dan jantung namun gerakan berulang ini boleh menyebabkan rasa tegang pada badan.

Yoga boleh menjadi cara untuk meningkatkan mobiliti dan kelenturan tubuh secara keseluruhan.

2. Lebih berjaga-jaga

Yoga sebenarnya dapat melatih seseorang untuk lebih berjaga-jaga dalam mencegah terjadinya kecederaan ketika bersenam.



Ini kerana ketika melakukan yoga, seseorang perlu lebih peka memandangkan perlu membuat pelbagai gerakan berbeza dengan kedudukan tepat.

Tumpuan kepada gerakan ini boleh membuatkan seseorang menyedari kekuatan atau kemampuan diri ketika bersenam. Ia sekali gus meningkatkan keseimbangan tubuh dalam menahan beban dan menurunkan kemungkinan kecederaan.

Senaman ini dapat menguatkan otot dan menjaga keseimbangan badan.

3. Menguatkan otot

Ketika bersenam, ramai lelaki menggunakan peralatan untuk membantu membangunkan kekuatan otot agar kelihatan lebih besar dan maskulin.



Tetapi sayang, ramai yang melupakan pada bahagian otot yang berfungsi menstabilkan tubuh. Senaman yoga paling sesuai bagi membina kekuatan otot pada bahagian tertentu.

4. Meningkatkan kesihatan jantung

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama lelaki. Meditasi dan latihan pernafasan menerusi senaman yoga dapat menurunkan degupan jantung, tekanan darah serta menurunkan hormon kortisol yang menyebabkan tekanan.-mSTAR

Tak Macho Ke Kalau Buat Yoga? Tapi Senaman Itu Cukup Baik Buat Kaum Lelaki!


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker