Pengurusan Bencana Sabah Dapat Peruntukan Dari Kerajaan Persekutuan Lebih RM18.24 Juta – PM Ismail Sabri

Pengurusan Bencana Sabah Dapat Peruntukan Dari Kerajaan Persekutuan Lebih RM18.24 Juta – PM Ismail Sabri

Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan lebih RM18.24 juta kepada Sabah bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan berkenaan adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1,100,000) dan pengurusan operasi COVID-19 di Sabah iaitu sebanyak RM16 juta.

“Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam. Saya turut bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menyampaikan cek contoh peruntukan berkenaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mendengar taklimat mengenai pembangunan Sabah yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan menteri-menteri Kabinet negeri. – BERNAMA/UMNO Online



Pengurusan Bencana Sabah Dapat Peruntukan Dari Kerajaan Persekutuan Lebih RM18.24 Juta – PM Ismail Sabri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Let’s vote for parties in GE, not individuals, says Azalina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker