Wanita ditahan tipu pelabur guna nama kerabat
Wanita ditahan tipu pelabur guna nama kerabat
Polis Perlis menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan menggunakan nama kerabat diraja Perlis pada Sabtu lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, penahanan suspek berusia lewat 20-an itu dibuat susulan empat laporan berkaitan kes tersebut dan mangsa dikatakan menerima tawaran untuk menyertai skim pelaburan tidak wujud yang menawarkan keuntungan lumayan.
“Suspek dipercayai turut bertemu dengan mangsa serta meyakinkan mereka dengan menggunakan nama kerabat Diraja negeri ini.
“Hasil soal siasat mendapati suspek secara bersendirian menawarkan pakej pelaburan pada peringkat awal pada pertengahan 2017 kepada beberapa rakan kolej,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, pakej ditawarkan adalah serendah RM100 dengan pembayaran keuntungan tidak tetap serta kadar paling tinggi dua kali ganda di samping suspek memberi nombor akaun bank persendirian dan syarikat miliknya bagi tujuan pembayaran oleh pelabur.
“Wang yang diterima digunakan suspek untuk membuat pusingan pembayaran kepada pelabur mengikut kaedah gali lubang, tutup lubang,” ujarnya. K Online
Wanita ditahan tipu pelabur guna nama kerabat
Baca Artikel Menarik :
- Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta
- Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar
- MoU Kerajaan-PH gagal halang mangkuk “berterbangan” dalam Parlimen
- ‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan
- Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf Secara Terbuka Insiden Layanan Dua Darjat [VIDEO]
- Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan
- MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar
- Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur
- Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP [VIDEO]
- Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad
- Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.