Harga petrol, diesel tak berubah

PETALING JAYA: Harga semua jenis petrol dan diesel tidak berubah mulai tengah malam ini.

Harga RON97 kekal RM2.73 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing RM2.05 serta RM2.15 seliter.

Kadar baru itu akan berkuat kuasa esok sehingga 22 Sept ini.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Harga petrol, diesel tak berubah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail Sabri janji lantik Mahathir pengerusi MPN tapi Muhyiddin “sailang”?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker