Hantar pulang warga asing enggan divaksin, saran Najib

Sebaran :

Hantar pulang warga asing enggan divaksin, saran Najib

Warga asing perlu diberi amaran termasuk diberi tempoh masa empat bulan bagi mendapatkan vaksin Covid-19 jika tidak mahu dihantar pulang.

Najib Razak (BN-Pekan) menyatakan perkara itu sambil menyarankan hukuman penjara patut dikenakan ke atas majikan jika gagal memastikan pekerja bawah seliaan mereka mengambil vaksin.

“Realitinya di negara kita, bilangan pekerja asing adalah tinggi sama ada yang mempunyai permit atau sebaliknya.

“Sehubungan itu, saya mencadangkan semua warga asing termasuk pembantu rumah dipastikan mengambil vaksin penuh bagi memastikan Covid-19 tidak menular. Jika tidak, ia akan menular semula. Covid-19 tidak memilih sama ada seseorang itu warga asing atau rakyat tempatan.

“Beri masa pada mereka, sekiranya selepas itu, masih ada yang enggan mengambil vaksin, tindakan tegas perlu diambil termasuk menghantar mereka pulang ke negara asal,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Katanya, negara akan menjadi tidak selamat sekiranya wabak Covid-19 disebar warga asing yang tidak mengambil vaksin.

Dalam ucapannya juga, bekas perdana menteri itu turut mencadangkan supaya pakej cukai pemulihan Covid-19 diperkenalkan dalam tempoh dua tahun atau sehingga ekonomi dan fiskal kerajaan pulih.

“Cukai ini seperti cukai durian runtuh, cukai pembangunan kondo mewah, cukai duti setem transaksi harta dan perdagangan saham, kenaikan cukai peribadi kepada golongan berpendapatan tinggi.

“Ramai yang memberi cadangan kepada kerajaan bagaimana mahu membelanjakan peruntukan dalam menangani Covid-19. Bagaimanapun saya dapati kurang yang mencadangkan bagaimana kerajaan boleh memperoleh hasil atau pendapatan untuk negara.

“Hakikatnya untuk menjamin kelangsungan sesebuah kerajaan dan ekonomi, adalah amat penting mengimbangkan antara perbelanjaan dengan hasil,” katanya. FMT

Hantar pulang warga asing enggan divaksin, saran Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu


Sebaran :

Leave a Reply