Sekeluarga dipanah petir, 14 maut
Sekeluarga dipanah petir, 14 maut
PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dan tiga lagi cedera apabila dua rumah di barat laut Pakistan dipanah petir.
Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku di Toghar, kawasan pergunungan Khyber Pakhtunkhwa selepas hujan lebat dan runtuh menyebabkan malapetaka sejak Rabu lalu.
“Sekurang-kurangnya 14 orang dari keluarga besar yang sama maut selepas dua rumah bersebelahan dipanah petir,” kata jurucakap wilayah, Kamran Bangash kepada AFP.
Jelas beliau, mangsa yang maut termasuk lima kanak-kanak dan empat wanita.
Dilaporkan, musim hujan yang biasanya bermula dari Jun hingga September adalah penting untuk tanaman dan menambah bekalan air di seluruh benua India.
Dalam kejadian serupa yang berlaku pada November 2019, kira-kira 18 orang maut akibat dipanah petir di padang pasir Thar Pakistan. AFP
Sekeluarga dipanah petir, 14 maut
Baca Artikel Menarik :
- KWSP lancar 2 inisiatif kepada majikan
- LHDN buru pelari cukai
- UMNO Perlu Peroleh Mandat Rakyat Pada PRU15, Terajui Negara Kembalikan Kegemilangan
- Agong ulangi sokongan kepada Ismail Sabri tanpa paksaan
- Kenapa kerajaan Muhyiddin lapor angka kematian jauh dibawah angka sebenar?
- Terpadam sudah retorik ‘No Anwar no DAP’
- Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf – Imam Masjid Putrajaya
- Hadiah TMJ kepada Azizulhasni cetus spekulasi
- Hanya Hantar Kotak, Penjual Ini Dakwa Beg Tangan Bernilai RM35,000 Dicuri Pusat Kurier
- ‘Tembak Saya, Jangan Biar Taliban Ambil Saya’- Bintang Pop Afghanistan
- Resepi Roti Jejari Cheese Gebu
Layari Laman Facebook MYKMU
Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong