Tiada menteri terlibat rasuah, Syed Saddiq bidas Anwar kenyataan Anwar

Dakwaan bahawa tidak ada seorang pun menteri di dalam Kabinet yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpalit dengan rasuah dan mendapat pengiktirafan bahawa semuanya bersih adalah satu kenyataan membimbangkan serta bahaya.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Anwar mewakili institusi Perdana Menteri iaitu sebuah badan pentadbiran tertinggi negara yang juga bertanggungjawab melantik dalam jawatan Peguam Negara serta Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kata beliau, pengumuman tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana akan menimbulkan persepsi bahawa selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan ada kes-kes berkaitan rasuah yang berskala besar digugurkan.



“Institusi Perdana Menteri dilihat ada kuasa secara tidak langsung untuk memastikan kes-kes yang sedang berjalan boleh digugur atau diteruskan. Sebab itu apabila ada kenyataan tersebut, ini menghantar isyarat dan persepsi bahawa kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri bakal digugurkan selepas PRN ini.

“Apabila kenyataan dikeluarkan oleh institusi Perdana Menteri yang mengawal selia jabatan Peguam Negara dan juga SPRM. Ini secara tidak langsung akan menimbulkan keraguan serta boleh mempengaruhi penjawat-penjawat awam.

“Sebab itu Muda tidak melihat kenyataan tersebut adalah kenyataan yang kecil apabila dikeluarkan oleh institusi Perdana Menteri itu sendiri. Sebab itu juga rakyat banyak ajukan soalan adakah betul selepas PRN kes-kes rasuah berskala besar akan digugurkan,” katanya semasa sidang media khas pengumuman calon Muda.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu mendakwa, sejak kebelakangan ini banyak kes yang melibatkan rasuah berskala besar dan ditentang sebelum pilihan raya, kini ia ditangguh dan terdapat cubaan untuk menggugurkannya.



“Rakyat banyak berkongsikan pandangan pada hari ini di mana satu undi bagi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah satu undi untuk menggugurkan kes rasuah berskala besar,” katanya.

Sehubungan itu, Syed Saddiq berkata, Muda ingin menasihati Perdana Menteri dan pemimpin yang berada di puncak kuasa untuk tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan sedemikian kerana boleh disalah tafsir sebagai permulaan menggugurkan kes-kes rasuah.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mendesak kerajaan untuk menunaikan janji bagi mengurangkan pemusatan kuasa.

“Institusi peguam negara dan SPRM tidak boleh lagi lapor terus kepada Perdana Menteri atau jabatannya seperti kerangka sedia ada.



“Sepatutnya perlu dipulangkan kepada institusi rakyat iaitu Parlimen dengan semangat dwipartisan supaya tidak ada lagi persepsi di mana ia dikawal pendakwaan politik dan ini yang mencetuskan politik toksik serta tidak sihat,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London



DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker