RM5.9 juta bukan hasil aktiviti haram
RM5.9 juta bukan hasil aktiviti haram. Pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pembelian dua lot banglo bernilai RM5.9 juta menerusi Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan hasil daripada kegiatan aktiviti haram.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, ini kerana wang RM5.9 juta tersebut adalah sumbangan daripada dua ahli perniagaan iaitu Junaith Asharab yang merupakan saksi pendakwaan ke-36 dan Mubarak Hussain Akhtar Husin yang juga saksi pendakwaan ke-62.
“Justeru pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa RM5.9 juta adalah hasil aktiviti haram.
Penyumbang ini (wang daripada saksi 36 dan 62) datang ke mahkamah dan keterangan mereka membuktikan bahawa tidak ada unsur rasuah,” kata peguam tersebut.
Menurut peguam itu, selain pemberian wang RM5.9 juta untuk banglo tersebut, peguam berkenaan berhujah kedua-dua ahli perniagaan itu turut menderma bagi pembinaan sekolah di Melaka dan pembinaan tahfiz di Bagan Datuk, Perak.
Kedua-dua banglo yang terletak di Country Heights, Kajang berubah menjadi pusat kegiatan keagamaan untuk Yayasan Al-Falah yang merupakan sebuah yayasan amal milik keluarga yang diuruskan adiknya Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid, 69, didakwa 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik yayasan itu.
Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Squareh bersambung lagi esok
RM5.9 juta bukan hasil aktiviti haram
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- KWSP lancar 2 inisiatif kepada majikan
- LHDN buru pelari cukai
- UMNO Perlu Peroleh Mandat Rakyat Pada PRU15, Terajui Negara Kembalikan Kegemilangan
- Agong ulangi sokongan kepada Ismail Sabri tanpa paksaan
- Kenapa kerajaan Muhyiddin lapor angka kematian jauh dibawah angka sebenar?
- Terpadam sudah retorik ‘No Anwar no DAP’
- Saya tak reda, datang jumpa saya minta maaf – Imam Masjid Putrajaya
- Hadiah TMJ kepada Azizulhasni cetus spekulasi
- Hanya Hantar Kotak, Penjual Ini Dakwa Beg Tangan Bernilai RM35,000 Dicuri Pusat Kurier
- ‘Tembak Saya, Jangan Biar Taliban Ambil Saya’- Bintang Pop Afghanistan
- Resepi Roti Jejari Cheese Gebu
Layari Laman Facebook MYKMU
UMNO Perlu Peroleh Mandat Rakyat Pada PRU15, Terajui Negara Kembalikan Kegemilangan