Kedutaan Jepun keluarkan amaran ancaman pengganas, Ini respon PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan akan berterusan memantau sebarang perkembangan mengenai ancaman pengganas di dalam negara walaupun tidak memperolehi sebarang maklumat berhubung kemungkinan berlaku perkara seperti itu setakat ini.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, amaran oleh Kedutaan Jepun kepada rakyatnya di Malaysia berhubung kemungkinan ancaman pengganas di Asia Tenggara merupakan satu nasihat perjalanan yang lazim dibuat.

“Amaran sebegitu adalah lazim dikeluarkan oleh sesebuah kedutaan atau suruhanjaya tinggi untuk rakyat mereka yang berada di sesebuah negara lain.



“Amaran tersebut dikeluarkan berdasarkan taksiran ancaman keselamatan oleh sesebuah negara dan dalam hal ini ia melibatkan kemungkinan ancaman pengganas di rantau Asia Tenggara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, setakat ini, hanya kedutaan Jepun di Kuala Lumpur sahaja yang didapati berbuat demikian.

“Nasihat perjalanan oleh Kedutaan Jepun itu adalah satu langkah rutin bagi memberi peringatan kepada rakyat mereka di rantau ini agar berjaga-jaga sempena ulang tahun ke-20 serangan pengganas terhadap bangunan World Trade Center (WTC) New York, Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

“Ia juga mungkin mempunyai kaitan dengan perkembangan semasa di Afghanistan selepas pihak Taliban menguasai Kabul,” ujar beliau.



Terdahulu, media tempatan melaporan bahawa Kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada warganegaranya berkenaan kemungkinan wujud ancaman pengganas di Asia Tenggara.

Menurut laporan tersebut Kementerian Luar Jepun menasihati rakyat negara itu yang berada di Indonesia, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand dan Myanmar agar mengelak daripada berada berdekatan dengan kemudahan keagamaan dan kawasan-kawasan sesak lain selepas menerima arahan dari Tokyo

Kedutaan Jepun keluarkan amaran ancaman pengganas, Ini respon PDRM


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahkamah perintah kerajaan, polis bayar ganti rugi lebih RM280,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker