Sejarah terlakar, terima kasih semua – Ismail

Sejarah terlakar, terima kasih semua – Ismail

Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan hari ini melakar sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik.

Kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap ini menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini.

Semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian demi mencapai matlamat ‘Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan’.

Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimaktubkan hari ini merangkumi :
I. Pemerkasaan Pelan COVID-19;
II. Transformasi Pentadbiran;
III. Pembaharuan Parlimen;
IV. Kebebasan Institusi Kehakiman;
V. Perjanjian Malaysia MA63; dan
VI. Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Kerajaan yakin, ia bukan sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

Setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

#KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat

Sejarah terlakar, terima kasih semua – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker