Demokrasi musyawarah semangat dalam Keluarga Malaysia – Ismail

Demokrasi musyawarah semangat dalam
Keluarga Malaysia – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada semua ahli Parlimen tidak mengira parti politik untuk bersama-sama merapatkan saf demi memulihkan semula negara dan kehidupan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ketika memulakan persidangan Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini.

“Alhamdulillah, lafaz syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, Parlimen dapat memulakan persidangan Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas, bermula hari ini sehingga 12 Oktober 2021.

“Saya berharap persidangan ini dapat berjalan dengan lancar demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, titah Seri Paduka Baginda mengenai demokrasi musyawarah merupakan semangat yang dibawa dalam Keluarga Malaysia.

“Keluarga Malaysia menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan untuk mengharungi pelbagai cubaan dan dugaan,” katanya.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda menitahkan semua pihak mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Demokrasi musyawarah semangat dalam Keluarga Malaysia – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker