Kes saman fitnah Eizlan, Hans dibicarakan

Kes saman fitnah Eizlan, Hans dibicarakan

Kes saman fitnah pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap bekas Pengerusi Finas Datuk Hans Isaac gagal menemui jalan penyelesaian selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan kes saman itu untuk dibicarakan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Shaharudin Ali daripada Tetuan Shaharudin Azfarazmi & Co. yang mewakili Eizlan ketika dihubungi di sini hari ini selepas pengurusan kes itu secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Ong Yen Li.

“Berikutan itu, mahkamah mengarahkan pihak plaintif dan defendan memfailkan dokumen pra perbicaraan pada atau sebelum 18 Oktober ini,” katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan.

Mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya melalui Zoom di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar bagi arahan lanjut mengenai perbicaraan kes.

Dalam prosiding hari ini peguam Isa Ali Ibrahim mewakili Hans Isaac.

Pada 12 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menetapkan hari ini (13 Ogos) kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah mengenai penyelesaian kes sama ada diselesaikan secara mediasi atau apa sahaja penyelesaian sekiranya ada, pada tarikh pengurusan kes yang datang.

Sebelum ini pada 16 Jun lalu, mahkamah mencadangkan kes saman fitnah itu dirujuk ke Pusat Mediasi untuk penyelesaian.

Mahkamah mencadangkan agar kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi di sini, atau apa-apa cara penyelesaian sekiranya sesuai dan dipersetujui oleh mereka.

Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md. Yusof, 50, selaku plaintif memfailkan tuntutan saman itu pada 8 Februari lalu dengan menamakan Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 50 sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Eizlan mendakwa kenyataan fitnah Hans Isaac membawa maksud antaranya, plaintif memegang jawatan ahli lembaga pengarah Finas dengan mengambil kesempatan atau menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bantuan dana untuk syarikat Excellent Pictures, sedangkan plaintif tiada kena mengena dengan syarikat terbabit dalam apa jua kapasiti. K Online

Kes saman fitnah Eizlan, Hans dibicarakan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker