Agong syukur KDNK suku tahun kedua 2021 berkembang

Sebaran :

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan perasaan syukur apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada suku tahun kedua 2021 berkembang sebanyak 16.1 peratus.

Seri Paduka bertitah, secara keseluruhan pelaksanaan pakej rangsangan, pembukaan semula ekonomi dan struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai  menunjukkan trend pemulihan ekonomi.

“Pemulihan tersebut didorong oleh langkah diperkenalkan termasuk bantuan tunai kepada rakyat serta pakej sokongan bagi kelangsungan perniagaan. Untuk separuh tahun kedua 2021, kerajaan telah memberi bantuan kepada 10 juta penerima daripada golongan B40 dan M40 termasuk Bantuan Khas Covid-19 yang bernilai RM10 bilion.

“Bagi perniagaan di bawah Pakej Pemulih, Geran Khas Prihatin bernilai RM1,000 akan dibayar kepada lebih satu juta perusahaan kecil sederhana mikro,” titah Seri Paduka dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 hari ini.

AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH

Yang di-Pertuan Agong bertitah, demi kelangsungan perniagaan, Pemulih juga telah menyediakan subsidi upah sehingga empat bulan tambahan bernilai hampir RM4 bilion yang bakal memberi manfaaat kepada lebih 200,000 majikan.

“Meskipun pandemik Covid-19 telah memberi impak negatif terhadap sektor-sektor tertentu negara, Beta berkeyakinan ekonomi Malaysia akan mula menunjukkan pemulihan selari dengan peningkatan kadar vaksinasi penduduk dan seterusnya memberi keyakinan kepada semua pemegang taruh dan para pelabur,” titah Seri Paduka

Agong syukur KDNK suku tahun kedua 2021 berkembang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penting penglibatan semua pihak ubah landskap politik kerajaan


Sebaran :

Leave a Reply