Agong tutup ucapan dengan 3 rangkap pantun

Agong tutup ucapan dengan 3 rangkap pantun

Tiga rangkap pantun yang dipersembahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika sesi pembukaan sidang Parlimen sebentar tadi menarik perhatian Ahli-ahli Parlimen.

Pantun terbabit merupakan kesimpulan kepada ucapan pembukaan baginda bagi menerangkan tentang keadaan dan situasi terkini politik negara.

Dari Segamat ke Kota Tinggi,
Hajat mulanya ke Kuala Pahang;
Kepada Yang Berhormat ikhlaslah berbakti,
Tidaklah rakyat gusar dan bimbang.

Kalau memandang langit yang tinggi,
Jangan lupa rumput di bawah;
Bekerjalah Yang Berhormat sepenuh hati,
Martabatkan negara kembali bermaruah.

Rempah halia digaul diuli,
Buat ramuan nasi kebuli;
Sumpah setia ketaatan diberi,
Pertahankan negara dan ibu pertiwi.

Semoga ahli parlimen semua akan lebih berhemah dan bertanggungjawab bila berbahas nanti.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Agong tutup ucapan dengan 3 rangkap pantun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker