Nahas Lebuhraya Persekutuan: Pemandu Mitsubishi Triton Lawan Arus Positif Ganja

Nahas Lebuhraya Persekutuan: Pemandu Mitsubishi Triton Lawan Arus Positif Ganja

SHAH ALAM: Pemandu pacuan empat roda yang memandu secara melawan arus dan merempuh sebuah kereta mengakibatkan dua maut dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad disahkan positif ganja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang berumur 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.



Menurutnya, bagaimanapun hubungan dua mangsa maut berusia 18 tahun dan 19 tahun itu belum dapat dipastikan.

“Setakat ini siasatan mendapati mangsa merupakan rakan dan belum dapat dipastikan ke mana tujuan sebenar mereka yang ketika itu dari arah Klang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pada Ahad, dua remaja maut selepas kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan.

Siasatan awal kejadian berlaku kira-kira jam 2.09 pagi itu mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berkenaan datang dari arah Kuala Lumpur ke Klang secara melawan arus sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu dari Klang ke Kuala Lumpur.



Mangsa maut ialah pemandu, Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana Klang dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang-SH

Nahas Lebuhraya Persekutuan: Pemandu Mitsubishi Triton Lawan Arus Positif Ganja


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dua maut dilanggar pikap lawan arus [VIDEO]



Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker