Dua maut dilanggar pikap lawan arus [VIDEO]

Dua maut dilanggar pikap lawan arus

SHAH ALAM: Dua maut dipercayai dilanggar sebuah kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya dihubungi pada jam 1.51 pagi dan tiba di lokasi kejadian,1.58 pagi.

“Setiba di lokasi, bomba mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipandu seorang lelaki secara melawan arus bertembung dengan sebuah Proton Wira Aeroback.

“Akibat perlanggaran itu, dua mangsa yang menaiki Proton Wira Aeroback, seorang perempuan yang juga pemandu bersama seorang penumpang lelaki di bahagian hadapan tersepit.

“Bomba mengambil masa selama setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada BH, hari ini.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa, Nur Afiqah Abdul Karim, 18 tahun dan Muhammad Hafiz Syamira Dzul Asri, 19 tahun masing-masing beralamat di Klang dan Pelabuhan Klang.

“Pemandu Mitsubishi Triton berusia 24 tahun tidak mengalami secara kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat membabitkan sepasukan lapan anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, diketuai Komander Operasi Kanan, Kamarul Zaman Abd Rani.-BH

Dua maut dilanggar pikap lawan arus


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Masjid Putra Mohon Maaf Isu Video Tular Layanan Jemaah ‘VIP’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker