Tahun persekolahan 2021 dilanjut hingga Mac 2022

Tahun persekolahan 2021 dilanjut hingga Mac 2022

Tahun persekolahan 2021 dilanjutkan untuk tamat pada Mac 2022, kata Menteri Pendidikan, Radzi Jidin.

Selepas cuti penggal ketiga dari 11 hingga 31 Dis nanti, katanya, tahun persekolahan semasa akan disambung semula.



“Tempoh ini akan digunakan Kementerian Pendidikan untuk memantau anak-anak kita dan melihat sokongan apa yang perlu diberikan bagi memastikan mereka bersedia untuk mara ke kelas berikutnya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, pelajar hanya boleh ke tahap berikutnya selepas penilaian dan mereka diberikan bantuan yang perlukan.

“Contohnya, pelajar Tahun 6 akan kembali ke tahap sama apabila penggal persekolahan baharu bermula Januari tahun depan.

“Mereka akan kekal di tahap itu buat dua bulan pertama tahun depan untuk guru menilai kemampuan mereka sebelum ke Tingkatan 1 pada Mac depan.”



Katanya, pelajar akan menjalani pembelajaran intensif bagi memastikan kemampuan mereka di tahap minimum yang diperlukan untuk mara.

Akibat lanjutan itu, murid Tahun 1 akan memulakan persekolahan pada Mac 2022.

“Oleh itu, tahun persekolahan itu akan dikenali sebagai sesi persekolahan 2022/2023.” FMT

Tahun persekolahan 2021 dilanjut hingga Mac 2022




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker