Integriti Kepolisan Tan Sri Zaman Khan Wajar Dicontohi Warga PDRM – Tun Hanif
Integriti Kepolisan Tan Sri Zaman Khan Wajar Dicontohi Warga PDRM – Tun Hanif
Bekas Ketua Polis Negara Tun Muhammed Hanif Omar menyifatkan pemergian bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Allahyarham Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan sebagai satu kehilangan besar buat negara.
Bukan itu sahaja beliau berpandangan nilai kepolisan yang diserapkan oleh Allahyarham sepanjang perkhidmatannya wajar dijadikan contoh oleh warga PDRM ketika ini.
Beliau yang ditemui di Tanah Perkuburan Radhatus Sakinah di Bukit Kiara di ibu negara selepas upacara pengebumian jenazah Allahyarham berkata, Tan Sri Zaman Khan ketika bertugas tidak pernah berputus asa walau apa pun cabaran yang dihadapinya.
“Seorang yang sangat berintegriti dan tidak pernah kenal erti kalah atau berputus asa yang boleh dicontohi. Ini adalah kehilangan besar untuk kita dan saya secara peribadi,” katanya.
Tun Haniff yang menganggap Allahyarham seperti adiknya sendiri berkata terlalu banyak kenangan yang membabitkan mereka ketika masih menganggotai PDRM.
“Saya amat baik dengan beliau, anak beliau dan semua keluarganya. Kenal dengannya ketika dia di Unit Trafik lagi,” jelasnya dalam keadaan sebak ketika berkongsi cerita dengan petugas media di sini petang tadi.
Pada era pentadbiran Allahyarham, penyelesaian beberapa kes besar jenayah di negara ini adalah melibatkan usaha dan komitmennya sebagai Pengarah JSJ ketika itu.
Antaranya termasuklah kes tebusan di Penjara Pudu pada tahun 1986, di mana ketika itu Allahyarham merupakan Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam.
Selain itu Allahyarham juga terbabit dalam melaksanakan tugasan memburu penjenayah paling ditakuti P. Kalimuthu, hingga akhirnya ditembak mati pada 29 Jun 1993.
Malah, dalam rentetan episod itu, beliau sendiri pernah menerima ugutan daripada penjenayah terbabit.-Awani
Integriti Kepolisan Tan Sri Zaman Khan Wajar Dicontohi Warga PDRM – Tun Hanif
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.