Santai Dan Tenang, Restoran Di Gombak Ini Tawar ‘Vibes’ Seakan Di Kampung [VIDEO]

Santai Dan Tenang, Restoran Di Gombak Ini Tawar ‘Vibes’ Seakan Di Kampung [VIDEO]

Sejak pelaksaan PKP, aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan dan pastinya ramai sudah merindui kampung halaman untuk berjumpa keluarga tercinta. Bagi anda yang tinggal berdekatan Gombak, anda mungkin boleh terjah ke restoran ini dimana menawarkan keunikan dengan ‘vibes’ seperti di kampung halaman.

Menariknya restoran ini, ia hadir dengan konsep rumah Melayu lama dan juga menghidangkan pelbagai jenis makanan Melayu. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih untuk makan dengan duduk bersila di atas lantai seperti berada di kampung halaman.

Bukan sahaja memiliki konsep menarik tetapi setiap sudut di restoran ini turut sesuai untuk anda bergambar bagi mengabdikan kenangan anda bersama keluarga atau rakan ketika berkunjung di sini.



Malah, kebiasaannya para pelanggan akan dapat menyaksikan ‘live band’ di restoran ini. Memang seronok dapat dengar alunan muzik yang merdu sambil nikmati makanan enak.

Selain itu, anda juga dapat merasai kesegaran alam semulajadi di restoran ini kerana ia dikelilingi alam semulajadi. Sesuai buat anda yang mahukan ketenangan selepas lama ‘terkurung’ di rumah.

Bagi anda yang mahu ke restoran Golek-Golek Suanana Kampung ini, ia dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7 malam hingga jam 12 tengah malam. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu agar tidak perlu bersesak dan sentiasa mengamalkan SOP.-TVC

Santai Dan Tenang, Restoran Di Gombak Ini Tawar ‘Vibes’ Seakan Di Kampung [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan

Tutup atau buka sekolah sepatutnya bukan urusan KPM – Ahli akademik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker