Resepi Kek Pisang Mini Sedap
Resepi Kek Pisang Mini Sedap
Kek Pisang merupakan salah satu manisan yang tak asing lagi dengan orang Malaysia. Ianya juga merupakan manisan yang tahan lama dan sangat lazat.
Selalunya, kek pisang dibeli atau disediakan dalam saiz yang besar. Akan tetapi, kali ini kami bawakan resepi kek pisang mini yang lebih mudah untuk anda sediakan serta cukup untuk ahli keluarga anda!
Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Ashikin Saerah dan mendapat 1.9 k perkongsian di Facebook beliau. Wah! Pasti menjadi.
Bahan – bahan:
Untuk : 4 bekas aluminium saiz 175mm x 95mm x 48mm
1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
1 sdb jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
4 biji telur (A)
1 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula kastor
Sedikit emulko pisang/ vanila
Secubit garam
1½ cawan tepung gandum
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik (baking powder)
Cara – cara penyediaan:
Panaskan oven pada suhu 170°C/ api atas & bawah.
Gris nipis bekas aluminum. Ketepikan.
Ayak tepung gandum, soda bikarbonat & serbuk penaik. Ketepikan.
Campurkan jus lemon ke dalam pisang lenyek. Gaul sekata. Ketepikan.
Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila & garam selama 6 minit.
Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika (½ minit).
Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
Bahagikan adunan sama banyak ke dalam setiap bekas (200g+/ bekas).
Bakar selama 35-45 minit/ sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik.
Nota:
Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya tidak tenggelam di dalam adunan kek.
Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari oven.
Resepi Kek Pisang Mini Sedap
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
Resepi Roti Sarang Lebah Viral