Kali kelima catat kes BID lebih 100

Kali kelima catat kes BID lebih 100

Kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) sekali lagi mencatatkan angka tiga digit dengan 102 kes dilaporkan melibatkan 82 warga Malaysia dan 20 warga asing.

Untuk rekod, ini kali kelima kes BID mencatatkan angka tiga digit serta tiga kali untuk bulan ini dengan tertinggi pada 5 September (107 kes) dan 4 September (104 kes) manakala, 15 Ogos (101 kes) dan 26 Ogos (100 kes).



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 341 kes kematian dilaporkan sekali gus kekal melebihi 300 melibatkan 300 warga Malaysia dan 41 warga asing, menjadikan jumlah kematian Covid-19 sebanyak 19,827 kes.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan merekodkan sebanyak 242,161 kes dengan 1,310 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 773 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, 21,476 kes sembuh dicatatkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 338 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 20,838 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

Tambahnya, sebanyak 37 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 30 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi. K Online



Kali kelima catat kes BID lebih 100


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker