Green Packet Bakal Uji Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Pertama Di Malaysia Awal 2022

Green Packet Bakal Uji Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Pertama Di Malaysia Awal 2022

Dapat membayar tol tanpa perlu memberhentikan kenderaan serta beratur panjang merupakan salah satu impian orang ramai semasa menggunakan lebuh raya di negara ini.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang ramai, baru-baru ini Green Pack Bhd telah berkerjasama dengan FETC International Co. (FETCi) daripada Taiwan untuk menguji keberkesanan Sistem Tol Aliran Bebas (MLFF) yang dijadualkan bermula pada awal tahun hadapan.



Ujian konsep tersebut akan dijadualkan selama tiga bulan bagi mengumpul data penggunaan MLFF ini di Lebuh Raya Besraya KM5.5 menghala ke arah utara. Data yang dikumpul akan dikongsikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk membuktikan keberkesanan sistem tol MLFF ini.

“Ujian konsep MLFF adalah proses penting untuk mencapai keadaan lebuh raya-bebas kesesakan melalui infrastruktur lalu lintas yang lebih baik, seperti yang ditetapkan dalam Rangka Tindakan Sistem Pengangkutan Pintar Malaysia (ITS) Kementerian Kerja Raya.

“FETCi bertindak sebagai pengenal frekuensi radio (RFID) dan pakar tol bebas aliran yang telah memasang beberapa sistem MLFF di negara-negara Asia lain, akan menyediakan peralatan dan kepakaran front-end dalam pelaksanaan MLFF,” terang Green Packet dalam satu kenyataan rasmi.



Berita ini memberi petanda baik buat pengguna laluan tol di seluruh negara yang mana orang ramai tidak perlu lagi bersesak-sesak apabila menggunakan lebuh raya pada masa akan datang. Sekaligus ia dapat melancarkan aliran trafik dengan lebih efisyen dan menjimatkan masa pengguna.-TVC

Green Packet Bakal Uji Konsep Sistem Tol Tanpa Palang Pertama Di Malaysia Awal 2022


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Shahrol Shiro Dan Isteri Mohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Anak Mereka Ditahap Membimbangkan



Tutup atau buka sekolah sepatutnya bukan urusan KPM – Ahli akademik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker