China lerai patung dewa perang terbesar

Patung Dewa Perang Gan Yu ini adalah yang terbesar di dunia

BEIJING – Pegawai-pegawai di China membelanjakan wang AS$24 juta (RM99.4 juta) untuk meleraikan sebuah patung  dewa perang kuno, Guan Yu setinggi 58 meter selepas orang ramai mengadu struktur tersebut ‘menyakitkan mata’, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Menurut akhbar South China Morning Post, patung gangsa itu menelan belanja AS$26 juta (RM107.7 juta) untuk dibina, namun terpaksa dileraikan oleh pekerja  di bandar Jingzhou dalam wilayah Hubei, selatan China.

Setakat ini, hanya kepala patung itu yang sudah dicabut.

Guan Yu merupakan seorang jeneral pada zaman pemerintahan  Dinasti Han iaitu antara tahun 202 Sebelum Masihi  hingga  220 Masihi. Dia kemudiannya digelar Dewa Perang. Patung tersebut  dibina pada 2016 di atas sebuah muzium,  namun kewujudannya menerima  aduan dalam kalangan penduduk tempatan dan pegawai pemerintah.

Mereka berkata,  patung tersebut ‘hodoh’ dan projek yang sia-sia itu telah merosakkan keindahan bandar Jingzhou.

Kementerian Perumahan Jingzhou pada Disember tahun lalu menyatakan bahawa patung tersebut perlu dileraikan.

Binaan tersebut merupakan patung Guan Yu yang terbesar di dunia.

“Sebelum ini, kami berhasrat untuk mencatat rekod dunia Guinness World Record. Oleh itu, patung tersebut direka bersaiz gergasi semasa proses reka bentuknya,” kata wakil Ketua Biro Kebudayaan dan Pelancongan Perbandaran Jingzhou, Zhang Hong.

Kata Hong lagi, tujuan patung itu dihasilkan dengan sangat besar juga adalah untuk menarik minat pelancong.

Ia bagaimanapun hanya berjaya mengumpulkan sekitar AS$2 juta (RM8.29 juta) sejak didirikan. – Agensi

China lerai patung dewa perang terbesar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tuan rumah terkejut bekas penyewa sengaja tinggal 19 tarantula, ular sawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker