Alhamdulillah, Aishah Ceria Keluar Hospital Selepas Hidap COVID-19 Melompat Kegembiraan! [VIDEO]
Alhamdulillah, Aishah Ceria Keluar Hospital Selepas Hidap COVID-19 Melompat Kegembiraan! [VIDEO]
Penyanyi terkenal Aishah berkongsi berita gembira apabila telah keluar dari wad Hospital Ampang selepas positif COVID-19 dan menghidap jangkitan
kuman.
Perkara itu dimaklumkan menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya hari ini.
“Alhamdulillah, tak tahu nak cakap macam mana betapa bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan.
“Dapat balik rumah, syukurnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan “Sekarang, doakan juga untuk proses kesembuhan saya okay,” katanya menerusi sebuah video
Sementara dalam entri berlainan, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu mendedikasikan ucapan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang terlibat menjaganya di hospital.
“Terima kasih kepada frontliners yang menjaga saya selama 12 hari di hospital,” tulisnya.
Sebelum meninggalkan hospital berkenaan, Aishah sempat merakam video dan beberapa foto bersama petugas kesihatan yang terlibat.
Selain itu, kegembiraan juga jelas terpancar apabila Aishah kelihatan seperti melompat kegembiraan.
Ada juga video dia menyanyikan lagu Bahtera Merdeka.
Ruangan komen di Instagramnya dipenuhi ucapan warganet yang bersyukur dan tumpang gembira ekoran kesembuhannya itu.
Pada 30 Ogos lalu, Aishah mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan, sehari sebelumnya.
Beliau melakukan Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta, lalu disarankan doktor untuk segera ke hospital mendapatkan rawatan-GEMPAK / Instagram Aishah
Alhamdulillah, Aishah Ceria Keluar Hospital Selepas Hidap COVID-19 Melompat Kegembiraan! [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.