7 tawaran transformasi: PH usul peruntukan tambahan RM45 bilion ringan beban rakyat
7 tawaran transformasi: PH usul peruntukan tambahan RM45 bilion ringan beban rakyat
Pakatan Harapan (PH) mengusulkan peruntukan tambahan sebanyak RM45 bilion untuk segera meringankan beban hidup rakyat.
Keutamaan adalah berteraskan reformasi Parlimen, reformasi fiskal dan program pro-rakyat termasuk moratorium pinjaman bank buat golongan M40 dan B40, serta kebebasan institusi kehakiman, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peruntukan tambahan itu sebahagian reaksi pihak pembangkang susulan tujuh tawaran bagi melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.
“Walaupun begitu, proses perbincangan masih berjalan untuk mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri dari ancaman wabak dan membebaskan rakyat dari cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pendapatan dan pekerjaan,” katanya.
Pada masa sama, Anwar menyifatkan, masih wujud keperluan mengemukakan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri secepat mungkin pada sidang Parlimen kali ini.
“Ini berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti politik sewaktu sesi menghadap di Istana Negara pada 17 Ogos lalu, bagi mengabsahkan bahawa Perdana Menteri telah mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat,” katanya.
PH, jelas beliau, akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang dengan menekankan isu tata kelola kerajaan yang baik serta ketegasan membasmi rasuah.
“Wajar ditegaskan tuntutan agar pembangkang diberi layanan setimpal, dan akan memainkan peranan sewajarnya dalam menyemak dan mengimbangi pihak eksekutif.
“Kami akan sentiasa lantang memperjuangkan keadilan untuk rakyat,” tambah Anwar.-Awani
7 tawaran transformasi: PH usul peruntukan tambahan RM45 bilion ringan beban rakyat
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Maut lepas vaksin jarang berlaku, tapi majoriti babitkan penerima Sinovac
- Bukit Aman minta Najib serah dokumen
- Nakal Betul Mata Semua Ya! Ruhainies Ditegur Ketika Menari TikTok, Netizen Yang Segan [VIDEO]
- Resepi Sambal Goreng Tempe Garing
- Half of Sarawak’s Covid-19 deaths involve fully vaccined
- Latheefa Koya wajar disiasat, terlalu banyak kes penganiayaan politik
- Doktor terlampau dicekup polis
- Susu ‘Full Cream’ Atau Susu ‘Low Fat’, Mana Lagi Bagus? – Apa Kata Pakar
- Najib hantar surat tuntutan kepada Muhyiddin
- Mereka memfitnah saya menangkis – Najib
- Apa kelebihan baca ayat “Salaamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 3 kali?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.