195000 ribu ‘Mahasiswa IPTA’ tak daftar vaksin sebab ambil mudah!

PETALING JAYA: Sikap ambil mudah dan antivaksin menjadi antara punca lebih 195,000 penuntut institusi pe­ngajian tinggi awam (IPTA) belum mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Mohamad Faris Firdaus Fauzi, 23, berkata, terdapat mahasiswa yang bergantung kepada pihak universiti dan berpandangan, pengurusan universiti akan me­lakukan vaksinasi di IPT ma­sing-masing.

“Anggaran jumlah mahasiswa yang enggan menerima vaksin di Unisza tidak lebih 200 dengan rata-ratanya masih belum bersedia. Malah setelah membuat tinjauan, ada yang memaklumkan bahawa mereka ingin menggunakan pendekatan lain dalam isu ini,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.



Kelmarin, akhbar ini mela­porkan, lebih 195,000 atau 37.5 peratus pelajar IPT awam langsung tidak mempunyai rekod pendaftaran vaksinasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding pelajar IPT swasta yang berjumlah 51,000 orang.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Darwisy Roslan berkata, ramai pelajar antarabangsa UIAM tidak dapat maklumat mendapatkan vaksin.

“Terbatasnya di sini dise­babkan sekarang penyampaian maklumat hanyalah melalui me­dia sosial terutamanya WhatsApp. Ada sesete­ngah pelajar yang tidak tahu bila dan di mana vaksinasi boleh didapatkan.



Tiga mahasiswa bakar kampus kini diburu Polis

“Inisiatif walk-in oleh kerajaan diharapkan membantu meningkatkan kadar vaksinasi, cumanya perlu digerakkan sebaik mungkin. Kalau dibuka sahaja namun pelajar tidak mendapatkannya, perkara ini tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Anas Muhammad Farihin Osman, 22, pula berkata, sebilangan penuntut berada di kawasan pedalaman sukar mendaftar vaksinasi disebabkan capaian yang terhad.



“Kemungkinan mahasiswa an­tivaksin sebenarnya wujud, namun tidak digembar-gemburkan.

“Inisiatif gelembung kampus Oktober ini diharapkan dapat meningkatkan vaksinasi mahasiswa terutama yang mengalami kesukaran pendaftaran, malah kemudahan walk-in dapat membantu lagi mahasiswa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden MPP Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Mohammad Aimi Mohd. Zubir, 25, berkata, tidak dinafikan masih ada pelajar yang menganggap perkara itu remeh dan tidak perlu diambil serius.

“Mahasiswa ada yang men­daftar, namun mungkin disebabkan masalah tertentu, pendaftaran tersebut mempunyai masalah seperti aplikasi MySejahtera yang tidak berfungsi dengan baik sehingga ada pelajar yang berputus asa untuk mendaftar,” katanya



195000 ribu ‘Mahasiswa IPTA’ tak daftar vaksin sebab ambil mudah!


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiga mahasiswa bakar kampus kini diburu Polis



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker