Kritikan warganet tak ganggu saya, kata penasihat baharu KJ

Rosmah Abdul Rashid Shirlin yakin pengalaman dahulu sebagai timbalan menteri kesihatan mampu membantu tugas baharunya.

KOTA KINABALU: Kemarahan warganet susulan pelantikan Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai penasihat khas kepada Khairy Jamaluddin, tidak melemahkan semangat Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno itu.

Rosnah yang juga bekas timbalan menteri kesihatan berkata, beliau memahami kritikan rakyat berhubung pelantikannya, namun tidak akan membiarkan ia menjejaskan semangatnya untuk memberi khidmat terbaik, selain membantu menteri kesihatan.

Rosnah yang juga peguam terlatih, akan menggunakan pengalamannya sebagai bekas timbalan menteri dalam portfolio kesihatan demi menyumbang dalam menangani krisis di negara ini.

“Saya tahu tidak mudah diterima dan saya juga tidak mampu memuaskan hati semua pihak, tetapi saya akan melakukan yang terbaik,” katanya kepada FMT.

“Saya sedar cabaran besar akan dihadapi, namun saya fokus membantu menteri dan menyumbang dalam apa jua yang termampu

“Saya rasa puas andai dapat menyumbang…walaupun jika sumbangan saya itu tidak seberapa, saya berharap mampu membawa perubahan,” katanya.

Warganet menggunakan media sosial menyalurkan kemarahan mereka berhubung laporan pelantikan Rosnah, hari ini, dengan sesetengah pihak mendakwa ia adalah pembaziran wang pembayar cukai, manakala ada juga mempersoalkan kredibilitinya yang bukan berlatar belakang perubatan bagi menyelesaikan isu berkait kesihatan dan wabak.

Ada juga pihak mendakwa pelantikan bekas Ahli Parlimen Papar selama tiga penggal itu bermotifkan politik.

Sambil menolak segala kritikan, Rosnah berkata, “Saya memahami (kritikan dilemparkan). Namun, saya melalui banyak rintangan dan pada saya perkara penting adalah berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak mempunyai motif tersembunyi”.

Sementara itu, Khairy menolak kritikan berhubung pelantikan berkenaan, sambil menyatakan Rosnah hanya pegawai yang bertugas bawahnya.

“Beliau bukan timbalan menteri, beliau hanya pegawai. Beliau berada di pejabat saya. Dia bukan (timbalan menteri). Beliau bekerja bersama saya,” katanya pada sidang media.

Kritikan warganet tak ganggu saya, kata penasihat baharu KJ


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Roziah Naib Canselor wanita pertama UiTM

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker