Kebenaran dalam isu LHDN akan terdedah juga – Makkal Sakthi

Kebenaran dalam isu LHDN akan terdedah juga – Makkal Sakthi

Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat laporan polis terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sangat dialu-alukan.

Malah sungguh mengejutkan apabila mengetahui maklumat pegawai LHDN menerima tekanan dari ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai terhadap bekas pemimpin nombor satu negara itu.

Itu kata Presiden Makkal Sakthi, Datuk Seri RS Thanenthiran namun pada masa sama beliau melahirkan raga kagum dengan cara Najib mengendalikan isu tersebut.

“Sebanyak tiga kali kes ini telah disiasat namun tiada sebarang salah laku yang telah ditemui tetapi LHDN terus bertindak menghukum ‘Bossku’. Memang melampau sebenarnya.

“Tetapi Datuk Seri Najib tidak melompat sebaliknya dengan tenang cuba menyatakan kebenaran dari awal lagi. Kini beliau bertindak membuat laporan polis selepas mendapat maklumat ada tekanan politik, dendam pemimpin sehingga mencemarkan integriti LHDN.

“Datuk Seri Najib hanya mendedahkan pelanggaran beberapa sesyen kerana jika ini berlaku kepadanya bagaimana pula rakyat biasa seperti kita yang menjadi mangsa seperti ini menggunakan badan kerajaan untuk menekan atau memeras?

”Cukup-cukuplah cuba ‘tekan’ dan malukan beliau dengan pelbagai jenis skandal dan fitnah yang sehingga kini tidak boleh langsung dibuktikan.

“Kita tunggu supaya perkara ini disiasat dengan penuh telus, kebenaran akan terdedah juga akhirnya. Yang dianiayai ini akhirnya akan dapat pengadilan, kita tunggu dan lihat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. MG

Kebenaran dalam isu LHDN akan terdedah juga – Makkal Sakthi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sanggup mengaku sepupu elak dicekup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker