PKP : Najib ajar kerajaan cara buat perbelanjaan


Jikapun kos sebenar PKP 1.0 adalah RM2.4 bilion sehari maka PKP ketat selama 21 hari = RM50.4 bilion.

Jumlah KDNK negara setahun sekitar RM1.4 trilion maka RM50.4 bilion adalah 3.57% daripada KDNK.

Kos RM50.4 bilion ini bukan perbelanjaan kerajaan tapi nilai KDNK.

Jika kerajaan nak belanja untuk bantuan bagi 21 hari ini:



– Moratorium tanpa faedah 3 bulan takde kos bagi kerajaan
– i-sinar 2.0 dan i-lestari 2.0 pada kadar separuh versi 1.0 takde kos bagi kerajaan.
– Bantuan RM1,000 X 4 juta penerima = RM4 bilion
– Geran perniagaan kecil (GKP) RM1,000 sekali lagi termasuk bantuan kepada pemandu teksi/Grab = RM3 bilion

Tapi masalahnya ialah kerajaan sudah pinjam/jual aset/korek sebanyak RM115 bilion dari permulaan tahun hingga sekarang.

Adalah tidak benar bahawa kos untuk buat PKP 1.0 sekali lagi adalah RM500 bilion (RM 1/2 trilion).

Jikapun nak guna kos RM2.4 bilion sehari diberi kerajaan, RM500 bilion ini bersamaan dengan 208 hari.



Takde siapa suruh buat PKP selama 208 hari.

Tapi PKP amat ketat bagi 21 hari ini mampu memberi impak paling maksima untuk membendung Covid sebab tempoh inkubasi virus adalah sehingga 14 hari.

Dan apabila Covid berjaya diturunkan dengan ketara dan frontliners serta hospital kita tidak lagi pada paras kritikal, ekonomi akan menerima nafas baru dan memulih dengan laju.

Perlu ingat bahawa pengorbanan bersama untuk seketika adalah jauh lebih menguntungkan dan saksama berbanding penderitaan jangka masa panjang yang tidak seimbang di mana ada yang langsung tak terkesan tapi ramai telah terkorban.



NAJIB RAZAK

https://mykmu.net/tag/kerajaan-gagal/#google_vignette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker