Ikan yu paus muncul di perairan Kuala Perlis

Ikan yu paus muncul di perairan Kuala Perlis

KANGAR – Perairan Kuala Perlis dikunjungi ikan yu paus setelah kelibat hidupan laut yang dianggarkan seberat lima tan metrik tersebut ditemui pada jarak enam batu nautika dari Pantai Kuala Sungai Baru di sini, petang tadi.

Ikan yu paus tersebut ditemui salah seorang daripada pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Khairul Anuar Abas, 31, ketika sedang melakukan rondaan di perairan kira-kira pukul 2.08 petang.

Pengasas PNW, Syamil Abd. Rahman berkata, ikan yang boleh mencecah 15 tan metrik itu adalah spesies yang sukar ditemui di perairan Kuala Perlis.

Katanya, penemuan tersebut adalah secara tiba-tiba kerana secara kebetulan ikan itu sedang bermain di kawasan berkenaan dan timbul di permukaan air.

“Ikan ini tidak mengundang bahaya kepada manusia dan hanya akan mengikut bot di perairan ini sahaja.

“Memang tak sangka dia (Khairul Anuar) boleh menemui ikan yang jarang-jarang ada di sini,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, ikan yu paus yang ditemui itu lebih besar daripada bot gentian kaca nelayan.

“Ikan tersebut juga jika ditemui biasanya semasa cuaca cerah dan berada kira-kira tiga hingga enam batu nautika dari pantai,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seekor ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy sepanjang 2.5 meter dengan berat kira-kira 150 kilogram ditemui mati terdampar di tepi laut berhampiran Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis kira-kira pukul 9 pagi tadi. K Online

Ikan yu paus muncul di perairan Kuala Perlis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker