Azizulhasni terima jawatan pensyarah dari UPSI

Sebaran :

Azizulhasni terima jawatan pensyarah dari UPSI

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyerahkan surat tawaran biasiswa dan jawatan pensyarah kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, tawaran biasiswa itu bagi melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di UPSI dan jawatan pensyarah Gred DS45/51/53.

Katanya, tawaran kepada pemenang pingat perak pada Sukan Olimpik 2020 itu adalah sebagai penghargaan UPSI atas pencapaian cemerlang Azizulhasni di peringkat antarabangsa.



“Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau PhD selama tiga tahun bernilai RM103,700.

“Insentif kecemerlangan ini ditawarkan secara terbuka bermula 1 September lalu hingga 31 Disember 2024.

“Tawaran ini juga bagi membolehkan beliau memberi tumpuan untuk meraih pingat emas pertama negara di Olimpik Paris pada 2024,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Majlis penyerahan dokumen berbentuk surat tawaran kepada Azizulhasni itu diadakan di Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City, di sini hari ini.



Pada majlis tersebut, Azizulhasni telah dibawa melawat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI Sport City selain menyertai sesi perkongsian pengalaman ‘From Zero To Hero’ secara dalam talian anjuran Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj) dan Persatuan Sains Sukan.

Antara kisah yang memberi inspirasi ialah bagaimana kesungguhan beliau bersaing dalam sukan dipelopori oleh masyarakat Eropah yang mempunyai kelebihan fizikal dan petua kejayaan 4D beliau iaitu ‘Discipline, Determination, Dedication dan Direction’.

Pelumba berusia 33 tahun yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu memenangi pingat Perak dalam acara keirin di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Utusan

Azizulhasni terima jawatan pensyarah dari UPSI




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran


Sebaran :

Leave a Reply