UK belum putuskan vaksinasi kanak-kanak sihat

UK belum putuskan vaksinasi kanak-kanak sihat. Britain belum memutuskan pemberian vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak sihat berusia 12 tahun hingga 15 tahun di negara itu, kata Menteri Kesihatan, Nadhim Zahawi.

“Tiada keputusan akan dibuat (dalam masa terdekat) sehingga kami mendapat maklum balas daripada ketua pegawai perubatan,” katanya kepada agensi berita, BBC.

Jumaat lalu, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi Britain (JCVI) menolak cadangan pemberian vaksinasi untuk kanak-kanak dalam kumpulan itu, susulan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko radang jantung yang jarang berlaku.

Kerajaan kini sedang mengadakan rundingan dengan penasihat perubatan mengenai pertimbangan terhadap cadangan itu, termasuk kesannya pada sesi persekolahan.

Terdahulu, sebahagian menteri dan pakar perubatan menggesa pemberian segera vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak berusia 12 tahun hingga 15 tahun yang sihat, namun kerajaan enggan mengambil risiko terhadap keputusan itu.

Setakat ini, hanya Amerika Syarikat (AS), Israel dan beberapa negara Eropah sudah melaksanakan pemberian vaksinasi kepada golongan kanak-kanak.

Britain sebelum ini membenarkan kanak-kanak berumur 12 tahun hingga 15 tahun yang terdedah jangkitan COVID-19 menerima vaksinasi, termasuk individu yang berusia 16 tahun ke atas.- Agensi

UK belum putuskan vaksinasi kanak-kanak sihat


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Guru KAFA belum vaksin mungkin dilarang mengajar, kata menteri agama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker