Miliki lesen jadi syarat utama dapat kerja

Memiliki lesen memandu yang sah merupakan satu daripada kelebihan dan menjadi syarat penting untuk ditawarkan sesetengah pekerjaan.

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, majikan tidak boleh melonggarkan syarat berkenaan kerana terdapat tugas yang memerlukan pekerja untuk memandu kenderaan sama ada motosikal atau kereta.

“Jika pekerja memandu kenderaan syarikat dan didapati tidak mempunyai lesen memandu yang sah, majikan juga akan dipertanggungjawabkan terhadap kesalahan itu.



“Kita harus akui penutupan sekolah memandu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac tahun lalu menyebabkan lebih sejuta orang terutama generasi muda tidak dapat lesen memandu.

“Keadaan ini memang menyukarkan anak-anak muda mencari rezeki kerana kebanyakan peluang yang ada semasa PKP banyak berkaitan perkhidmatan penghantaran yang memerlukan sama ada lesen B2 (motosikal) atau D (kereta),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sehubungan itu, beliau memohon kerajaan membenarkan sekolah memandu di negara ini beroperasi semula dengan segera kerana ramai majikan memerlukan pekerja pada ketika ini.

Beliau berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga seharusnya mula menjalankan ujian memandu dengan segera supaya isu lebih sejuta individu yang tidak mempunyai lesen dapat diatasi segera.



Katanya, kerajaan juga boleh menetapkan kakitangan sekolah memandu dan pegawai JPJ yang lengkap vaksinasi sahaja boleh bertugas.

“Begitu juga mereka yang belajar memandu dan mengambil ujian memandu hendaklah lengkap menerima dua dos vaksin.

“Segala prosedur operasi standard (SOP) sedia ada hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat,” ujarnya.

Miliki lesen jadi syarat utama dapat kerja




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Sejuta ‘berputih mata’ gagal buat lesen memandu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker