Saran buka sekolah awal tahun depan, elak musibah lebih teruk
Saran buka sekolah awal tahun depan, elak musibah lebih teruk
Kerajaan diminta tidak terburu-buru membuka sekolah untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka pada 3 Oktober depan.
Sebaliknya, sesi persekolahan tersebut ditangguhkan sehingga tahun depan iaitu selepas kes Covid-19 semakin terkawal.
Seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, ketika ini, kadar jangkitan Covid-19 di negara ini masih tinggi sekali gus boleh mengundang musibah lebih besar jika sesi pengajaran bersemuka itu diteruskan.
Beliau yang juga Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura UUM (UUM-ITS) berkata, fokus pada masa ini adalah dengan memastikan semua pelajar dan guru lengkap menerima suntikan vaksin.
Katanya, langkah terbaik adalah meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan kerajaan juga telah mengeluarkan peruntukkan yang besar untuk tujuan tersebut.
“Kalau boleh, tangguhlah (pembukaan sekolah) sehingga akhir tahun ini. Tahun depan baharu mulakan kembali sesi tersebut bila keadaan Covid-19 semakin terkawal dan guru-guru dan pelajar juga sudah lengkap vaksin.
“Hanya beberapa bulan sahaja lagi memasuki tahun baharu dan apa salahnya kalau tahun depan sahaja sekolah kembali dibuka. Bila kes tinggi, ibu bapa juga bimbang mengenai tahap keselamatan anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan sesi persekolahan secara bersemuka tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.
Bagaimanapun, sesi berkenaan tidak melibatkan negeri-negeri yang masih berada dalam fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tambah Kamarul Azman, ramai yang bimbang jika pembukaan sekolah dalam keadaan kes yang masih tinggi boleh mencetuskan gelombang jangkitan baharu yang lebih teruk.
“Jika sekolah dibuka, risiko penularan mungkin semakin ketara sekali gus mendorong kepada peningkatan kes Covid-19. Situasi seperti itu sangat membimbangkan. Langkah terbaik, teruskan sahaja PdPR sehingga tahun depan,” katanya. UTUSAN
Saran buka sekolah awal tahun depan, elak musibah lebih teruk
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.