Adly ganti Husam sebagai naib presiden Amanah

Adly ganti Husam sebagai naib presiden Amanah

Bekas ketua menteri Melaka, Adly Zahari dilantik naib presiden Amanah yang baru, menurut kenyataan oleh Presidennya, Mohamad Sabu.

Mohamad berkata pelantikan tersebut sebagai menggantikan jawatan yang dikosongkan oleh Husam Musa sebelum ini.

“Perlantikan Adly selaras dengan aspirasi Amanah untuk menampilkan lebih ramai pemimpin pelapis untuk menerajui kepimpinan parti dan negara di masa hadapan.

“Selaras dengan matlamat ini juga, Amanah telah melantik Izham Hashim, 59, Pengerusi Amanah Selangor sebagai bendahari agung Amanah menggantikan Adly.

“Kami yakin perlantikan ini akan mengukuhkan lagi imej Amanah sebagai parti yang membawa mesej ‘Rahmatan lil alamin’ di kalangan masyarakat,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Adly yang juga Adun Bukit Katil merupakan pengerusi Amanah Melaka.

Pada 14 September tahun lalu, Amanah mengesahkan Husam telah melepaskan jawatan sebagai naib presiden parti.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa tindakannya itu berpunca akibat pergeseran dengan presiden parti.

Bagaimanapun, Husam menafikan dakwaan tersebut. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Adly ganti Husam sebagai naib presiden Amanah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker