‘Hujan lebat, nampak kabus tebal di puncak Gunung Hitam’

Seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan kawasan Sungai Lui hujan lebat dan kelihatan kabus tebal di puncak Gunung Hitam, Hulu Langat pada Ahad.

Menurut perkongsian Haiyi Hassan memaklumkan, sewaktu dia dalam perjalanan keluar dari Sungai Lui ternampak banyak pasukan menyelamat masuk ke hulu dengan membunyikan siren.

“Saya Harap semua selamat dan dipermudahkan (usaha mencari dan menyelamat tujuh remaja dilaporkan hilang di Gunung Hitam),” katanya.



Haiyi turut berpesan kepada mana-mana pendaki supaya lebih berhati-hati dan merancang pendakian dengan baik.

“Maklumlah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lama duduk rumah.

“Badan sudah lama tidak mendaki. Keterujaan boleh membahayakan diri. Harap dijauhkan daripada sebarang kecelakaan,” katanya.

Sinar Harian melaporkan, tujuh remaja dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Hitam berdekatan Sungai Lui, Hulu Langat di sini pada Ahad.



Menerusi status dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan, kejadian berlaku apabila terserempak dengan jentera bomba dan ambulans di lokasi kejadian.

Menerusi perkongsian gambar di Facebook sama menunjukkan papan tanda mengandungi maklumat ringkas berhubung kejadian itu daripada pasukan mencari dan menyelamat.

Antara maklumat pada papan tanda itu memaklumkan kesemua tujuh lelaki yang hilang itu berusia 18 tahun.

Pendakian dipercayai melalui trek dari Kem Sungai Lawing untuk mandi ke sungai, bagaimanapun kesemua mereka terkandas di lereng bukit selepas hujan.



‘Hujan lebat, nampak kabus tebal di puncak Gunung Hitam’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Pengikut ajaran PMYT diminta serah diri sebelum diburu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker