Apakah semakan JAKIM mengenai fatwa Amanat Hadi ‘dipadam’ belum selesai

Apakah semakan JAKIM mengenai fatwa Amanat Hadi ‘dipadam’ belum selesai

Masih belum ada penjelasan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung ketiadaan fatwa berkaitan Amanat Hadi di lamannya – hampir dua bulan selepas warganet bertanyakan apakah ia telah dipadam.

Jurucakapnya memberitahu FMT masih belum ada perkembangan ke atas soalan yang ditanya pada 21 Jun lalu.



Unit Komunikasi JAKIM ketika itu memaklumkan ia akan menyemak dakwaan itu susulan tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan apakah benar pihaknya memadam fatwa itu di laman rasminya.

Amanat Hadi merujuk kepada sedutan ceramah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, di Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Pengguna Twitter berkenaan mendakwa ia “difatwa haram pada 2002”.

Ketika pertanyaan itu tular, carian FMT di laman semakan fatwa, Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF), mendapati tiada rekod berkaitan fatwa itu dipaparkan.

Laman itu berfungsi merakam fatwa dari seluruh negera, mengelaskannya mengikut kategori dan merekodkan statusnya sama ada diwartakan atau tidak.



Pertanyaan itu menarik perhatian warganet kerana PAS ketika itu dan kini masih merupakan sebahagian daripada blok pemerintah. Pada masa itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad dan timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary daripada PAS, bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama.

Selain JAKIM, FMT sedang menunggu maklum balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad daripada PAS.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, ketika dihubungi bagi menjawab dakwaan bahawa fatwa Amanat Hadi ‘dipadam’ berkata, “setahu saya, perkara ini tidak pernah difatwa pun”.

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin, pada 2018 dilaporkan berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan sudah melaksanakan tugas apabila mengisytiharkan Amanat Hadi sebagai sesat.



Asri percaya Amanat Hadi memainkan peranan menyebabkan tragedi berdarah Memali 1985 dan perpecahan umat Islam di negara ini – dakwaan yang ditolak oleh Hadi dan penyokongnya. FMT

Apakah semakan JAKIM mengenai fatwa Amanat Hadi ‘dipadam’ belum selesai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Alladin, pedofilia paksa kanak-kanak tengok porno sebelum cabul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker