Penunggang motosikal maut rempuh bas kilang

Penunggang motosikal maut rempuh bas kilang

BAGAN SERAI – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah bas kilang di Kilometer 114 Jalan Ipoh – Butterworth dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi, mangsa Mohamad Nasir Kamaruddin, 26, menunggang motosikal jenis Honda RS150R dari arah Simpang Lima menuju ke arah Bagan Serai.

“Bas kilang yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 25 tahun itu pula dari arah Bagan Serai menuju ke Simpang Lima dengan motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bas tersebut.

“Bas hanya mengalami kerosakan pada cermin hadapan dan bumper manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. K Online

Penunggang motosikal maut rempuh bas kilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker