Kerajaan perlu gariskan panduan lantikan bertaraf menteri

Kerajaan perlu gariskan panduan lantikan bertaraf menteri. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa kerajaan untuk memperjelaskan struktur dan batasan lantikan bertaraf menteri dalam pentadbiran negara.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membentangkan garis panduan sebenar merangkumi syarat keperluan, dasar kebertanggungjawaban dan akauntabiliti terhadap Parlimen serta batasan lantikan.

Menurutnya, tindakan itu perlu agar kerajaan bersifat jujur dan telus kepada rakyat sebelum sebarang lantikan dibuat.



“Pada masa sama, perkara-perkara asas seperti dinyatakan harus dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini supaya mereka turut sama memikul tanggungjawab yang termaktub dalam doktrin ‘ministerial responsibility’ dan prinsip ‘collective responsibility’ seperti dalam Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri di mana keputusan itu dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Faisal berkata, ABIM melahirkan kebimbangan apabila lantikan bertaraf menteri akan menjadi budaya baharu politik negara yang memberi kesan pada tata kelola kerajaan yang baik dan membawa implikasi besar terhadap kewangan negara.



“Dalam tempoh jangka panjang, ABIM juga khuatir lantikan ini akan menjadi hadiah saguhati politik kepada mana-mana ahli Parlimen yang menyokong seseorang menjadi Perdana Menteri dan akan beri kesan buruk pada amalan demokrasi negara,” jelasnya.

Kerajaan perlu gariskan panduan lantikan bertaraf menteri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MPN, apa kelainan Muhyiddin boleh buat sekarang?



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker