Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mula dikreditkan esok
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mula dikreditkan esok
Proses pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu akan bermula esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion telahpun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.
“BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
“Saya berharap, pemberian bantuan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya tadi.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” ujarnya. K Online
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mula dikreditkan esok
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.