107 kes BID, tertinggi direkodkan

107 kes BID, tertinggi direkodkan

Negara merekodkan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) tertinggi hari ini dengan 107 kes daripada 336 kes kematian Covid-19.

Kes BID tersebut melibatkan 67 warga Malaysia dan 40 warga asing dan berdasarkan rekod, ini kali keempat kes BID mencatatkan tiga angka dengan semalam sebanyak 104 kes manakala, 15 Ogos (101 kes) dan 26 Ogos (100 kes).



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 336 kes kematian harian dilaporkan terdiri daripada 274 warga Malaysia dan 62 warga asing, menjadikan jumlah terkini sebanyak 18,219 kematian.

Beliau berkata, pesakit sedang dirawat dan diasingkan mencatatkan sebanyak 255,789 kes termasuk 1,338 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 735 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, sebanyak 13,519 kes (66.3 peratus) daripada kes harian tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi manakala, 6,877 kes (33.7 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Daripada 322 kes kategori tiga hingga kategori lima, sebanyak 240 kes (74.5 peratus) terdiri daripada mereka yang tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 82 kes (25.5 peratus) daripada mereka yang telah lengkap divaksinasi.



“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 37 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 21 kluster tempat kerja, 12 kluster komuniti, empat kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pusat tahanan. K Online

107 kes BID, tertinggi direkodkan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah tetap dibuka 3 Oktober – Radzi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker