Kerjasama Pas-UMNO sukar kerana Bersatu – Zuhdi

Sekiranya PAS meninggalkan Bersatu, mudah bagi MN menangi PRU15

Kerjasama Pas-UMNO sukar kerana Bersatu – Zuhdi

Pas sukar untuk mencapai kerjasama dengan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kerana parti itu terikat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki berkata, Bersatu juga telah mengisytiharkan UMNO sebagai musuh utamanya.



Pada masa yang sama, menurut beliau, UMNO pula telah memberikan syarat kepada Pas untuk meninggalkan PN dan memutuskan hubungan dengan Bersatu.

“Situasi seperti ini menyebabkan kerjasama Pas dan UMNO sukar tercapai, melainkan ada kehendak politik yang kuat ke arah kerjasama tersebut oleh kedua-dua parti,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, malam tadi.

Sebelum ini, Mohd. Zuhdi pernah mencadangkan agar Pas dan UMNO berunding agar tidak bertembung di 27 kerusi Parlimen di Semenanjung bagi mengelakkan Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa selepas PRU-15.

Antara kerusi-kerusi Parlimen yang dimenangi PH pada PRU-14 ekoran pertembungan antara calon-calon Pas dan UMNO adalah Kangar, Kubang Pasu, Merbok, Kulim-Bandar Baharu, Tambun, Lumut, Temerloh, Sungai Besar, Kuala Selangor, Sepang, Setiawangsa, Titiwangsa, Kuala Pilah, Tampin, Tangga Batu, Ledang, Muar, Sri Gading, Pasir Gudang dan Pulai.



Tujuh kerusi Parlimen yang menyaksikan calon-calon UMNO serta Pas menang tipis adalah Jerai, Baling, Kuala Kangsar, Tanjong Karang, Jasin, Pontian dan Labuan.

Beliau menambah, disebabkan hubungan yang tidak kondusif, kerjasama terhad antara Pas dan UMNO, iaitu sekurang-kurangnya tidak bertembung di 27 kerusi tersebut bakal menemui kegagalan.

Mohd. Zuhdi memberitahu, sebenarnya jumlah kerusi yang berisiko untuk dimenangi oleh PH semakin bertambah dengan pertambahan pengundi baharu yang mendadak selepas kemasukan pengundi 18 tahun dan pengundi terdaftar secara automatik baru-baru ini.

“Oleh sebab itu, tanpa kerjasama Pas dan UMNO, kerusi-kerusi yang berisiko ini boleh terlepas kepada PH,” jelasnya.



Beliau memetik kenyataan seorang pemimpin DAP baru-baru ini yang berkata, dengan terpecahnya pengundi-pengundi Melayu kepada tiga iaitu Barisan Nasional (BN), PN dan Gerakan Tanah Air (GTA), sekiranya pengundi Cina solid menyokong PH, maka PH akan kembali menerajui Putrajaya.

Mohd. Zuhdi berkata, sekiranya situasi tersebut berlaku, PH dijangka boleh menawan kerusi-kerusi berisiko itu, seterusnya memerintah negara seperti apa yang berlaku selepas PRU.

“Jelas sekali, kuasa politik Melayu bukan lagi penentu parti mana yang bakal memerintah Malaysia, sebalik kuasa penentu terletak kepada kuasa pengundi Cina,” katanya. MG

Kerjasama Pas-UMNO sukar kerana Bersatu – Zuhdi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isteri mengamuk tampar suami leka menyanyi bersama wanita lain [VIDEO]



Model jelita disuntik racun, mayat disimen dan dibuang di gurun

Bomoh dicekup berkhalwat dengan isteri orang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker