Ke mana hutang dibelanja lebih penting berbanding paras hutang
Ke mana hutang dibelanja lebih penting berbanding paras hutang
Kenaikan paras hutang negara bukan isu utama, sebaliknya melihat hutang negara mampu menjana pertumbuhan tinggi atau tidak, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.
Shahril berkata, seharusnya semua pihak tidak melihat kepada angka hutang negara.
“Jadi, bukan angka hutang yang perlu kita khuatir. Sebaliknya, adakah hutang itu mampu menjana pertumbuhan tinggi atau tidak.
“Dan adakah rakyat kebanyakan menikmati keuntungan dari pertumbuhan ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang mencadangkan meningkatkan had statutori hutang kepada 65% berbanding Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 60% pada masa ini.
Semalam, Tengku Zafrul berkata, walaupun nisbah hutang statutori kepada KDNK pada masa ini 58%, namun berdasarkan komitmen kerajaan untuk menyokong rakyat dan perniagaan, nisbah hutang mungkin akan meningkat melebihi 60% pada akhir tahun.
Dalam pada itu, Shahril berkata dalam senario hari ini, peningkatan had statutori hutang kerajaan melebihi 60% nilai KDNK disifatkan wajar.
Katanya, perbelanjaan dalam negara mampu menjana pekerjaan, pelaburan dan membantu pembukaan sektor-sektor ekonomi dengan selamat.
“Pelbagai lagi jenis perbelanjaan untuk memastikan bukan sahaja kita selesai isu bantuan tunai dan kampit beras untuk rakyat, tetapi juga ke arah memulihkan daya saing ekonomi sekaligus membina ketahanan negara untuk menghadapi sebarang krisis di masa hadapan.
“Tidak kira sama ada krisis pandemik, krisis ekonomi mahupun krisis iklim,” katanya.
Shahril berharap di dalam Parlimen nanti tiada yang terlalu obses tentang nisbah hutang kerajaan dan KDNK.
Beliau juga berharap Ahli Parlimen lebih fokus berbahas dan memberi cadangan serta kritikan membina mengenai jumlah dan jenis perbelanjaan apa yang wajar. FMT
Ke mana hutang dibelanja lebih penting berbanding paras hutang
Baca Artikel Menarik :
- Ketua Ajaran Sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ Ditahan
- Pemandu Perodua Myvi Masih Hilang, Penumpang Ditemukan Lemas [VIDEO]
- Hadi dah jumpa 10 Duta asing, Apa hasilnya?
- Kit Siang kepada Ismail, anda lulus ‘ujian pertama’, kini ada ‘ujian kedua’
- Israel Kini Lubuk Penyebaran Wabak Covid-19 Dunia
- Lagi Kereta Dipandu Melawan Arus Kali Ini Di Lebuhraya MEX [VIDEO]
- Resepi Mee Kuah Daging Sempoi
- Tayang Tesla, Tony Fernandes dikecam pelanggan minta refund
- Kritik boleh tetapi usah keterlaluan – Asyraf
Layari Laman Facebook MYKMU
1. Kalau negara menambah hutang, yg terbebannya adalah generasi akan datang yg mewarisi hutang tersebut setelah kita tiada. Ingatlah kita meminjam kehidupan ini dari generasi akan datang.
2. Kalau terpaksa berhutang, hutanglah- andai itu jalan terbaik nak move forward. Tapi saya rasa peningkatan ini sepatutnya sementara sahaja. Patut ada perancangan jitu untuk (a)membayar hutang tersebut (b) menurunkan semula had siling dari 65% kembali ke 60% spt skrg. Kemudiannya cuba turunkan lagi di bawah 50%