Harapan rentas negeri? KJ kata sabarlah sekejap

Harapan rentas negeri? KJ kata sabarlah sekejap. Kerajaan mempertimbang beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) termasuk aktiviti rentas negeri dalam masa terdekat apabila perkara itu dibawa dalam perbincangan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan.

Kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta rakyat diminta bersabar dan memberi sedikit masa untuk kerajaan membuat keputusan sewajarnya.

“Ada harapan (rentas negeri), tetapi saya minta sabar sekejap lagi kerana ada beberapa negeri yang mana masih lagi nilai ambang vaksinasi rendah sedikit,” ujarnya ketika sesi temubual bersama media hari ini.

Tambahnya, pihaknya akan berbincang perkara itu dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan telah mengemukakan beberapa cadangan MKN dalam masa terdekat.

“Jadi akhir September ini kita menjangkakan, semua negeri akan sampai nilai ambang 60 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi. Bersabarlah, sedikit sahaja masa lagi,” katanya.

Harapan rentas negeri? KJ kata sabarlah sekejap


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada hikmah tak dilantik dalam kabinet – Tok Mat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker