Fenomena kepala air landa Titi Hayun lagi

Fenomena kepala air landa Titi Hayun lagi

YAN: Fenomena kepala air dilapor berlaku di Titi Hayun, di sini, berikutan hujan lebat menyebabkan arus deras dan limpahan air di kawasan sekitarnya hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata bagaimanapun kejadian kepala air itu tidak seteruk tragedi yang berlaku pada 18 Ogos lalu.

Setakat ini, katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak masih melakukan pemantauan di kawasan itu sejak 11.15 pagi tadi.

“Keadaan air masih terkawal dan kami turut memberi peringatan kepada penduduk di kawasan sekitar supaya berhati-hati.

“Seramai enam anggota dan pegawai dari BBP Guar Chempedak berada di lokasi bagi melakukan pemantauan setiap empat jam, terutama di kawasan berisiko,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian 18 Ogos lalu, fenomena kepala air berlaku di kawasan kaki Gunung Jerai membabitkan Titi Hayun dan Batu Hampar menyebabkan enam mangsa meninggal dunia akibat dibawa arus deras.

Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa kampung di kawasan berhampiran ditenggelami banjir lumpur, termasuk di kawasan Merbok di Kuala Muda. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Fenomena kepala air landa Titi Hayun lagi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker