Mana nak cari RM70,000? SILA BERI BANTUAN

Mana nak cari RM70,000? SILA BERI BANTUAN

Baling: “Saya kini hanya mampu berdoa, ikhtiar dan mengharapkan keajaiban supaya anak sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain,” kata Siti Fathihah Zainol ibu kepada kanak-kanak penghidap ‘Tetralogy of Fallot’ (TOF) iaitu penyakit jantung konginetal sianotik, Fatih Zulkarnain Mohd Zuhairi.

Siti Fathihah, 25 dari Kampung Teluk Pendiat di sini berkata, selain TOF, Fatih yang berusia setahun tujuh bulan turut menghidap masalah injap sempit dan Glokosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) iaitu masalah kekurangan enzim keturunan yang terdapat dalam sel darah manusia.



Menurutnya, semua penyakit itu dikesan sejak Fatih dilahirkan kerana dia tidak mengalami masalah sepanjang tempoh kehamilan.

Doktor mengesyorkan Fatih dibedah segera namun Siti Fatihah dan suami, Mohd Zuhairi Zamri, 30, buntu mencari wang sebanyak RM70,000 bagi menampung kos dua pembedahan menutup jantung TOF dan membuka injap sempit yang perlu dilakukan segera.

“Saya bekerja sambilan sebagai ejen pesan hantar produk kosmetik manakala suami mengambil upah memotong pokok. Kewangan kami memang tidak stabil hingga ada kalanya terpaksa minta bantuan daripada keluarga untuk ke hospital kerana tiada wang.

“Doktor belum beri tarikh tetapi menasihatkan kami bersiap sedia dan mengesyorkan Fatih dibedah ketika usianya sekarang, cuma masalahnya adalah wang kerana sehingga hari ini hanya mengumpul lebih RM2,000 hasil sumbangan rakan yang bersiaran langsung di TikTok,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Menurut Siti Fathihah, dia pada awalnya tidak jelas penyakit dialami Fatih sehingga diberi penerangan terperinci oleh doktor.

“Ketika dalam pantang selepas melahirkan Fatih, doktor beritahu saya dan suami mengenai penyakit dialami anak. Mulanya saya tidak faham tetapi doktor terangkan dengan lebih lanjut mengenai penyakit itu dan risikonya.

“Jujurnya, saya dan suami sedih ketika itu kerana memikirkan penderitaan anak yang masih kecil namun cuba bersabar serta reda dengan ujian dari Allah,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Nur Syasya Qistina, 7.

Berkongsi perkembangan terkini, Siti Fathihah berkata, Fatih boleh makan dan minum seperti biasa, bagaimanapun anak bongsunya itu tidak boleh diberi makan sembarangan kerana mudah semput sekali gus pernafasan serta pergerakannya.



“Fatih masih berselera makan cuma saya tidak beri makanan tertentu contohnya pisang bagi mengelaknya semput kerana sudah dua tiga kali dia masuk hospital kerana paras oksigennya menurun.

“Disebabkan itu, saya dan suami risau. Pada 21 September nanti, saya dan suami perlu membawa Fatih ke hospital untuk menghadiri janji temu dengan doktor bagi memeriksa keadaan jantungnya tetapi takut juga dengan keadaan Covid-19 yang belum reda,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Siti Fathihah di talian 019-7632658 atau teru menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0211829000211497 miliknya. HM

Mana nak cari RM70,000? SILA BERI BANTUAN




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Syarikat modal RM1 dapat hak bangunkan hutan simpan Kuala Langat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker